Wednesday 18 September 2013

KURSUS PELAKSANAAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN SAINS KSSR TAHUN 4

18 September 2013 (Rabu) - Unit Pengurusan Akademik PPD Serian telah menganjurkan Kursus Pelaksanaan Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran Sains KSSR Tahun 4. Kursus tersebut diadakan di SJKC Chung Hua Batu 35 selama 3 hari bermula dari 18 September hingga 20 September. Kursus tersebut telah disertai oleh seramai 79 orang guru-guru Sains sekolah-sekolah rendah daerah Serian.

En Risharry sedang mengamati bahan kursus dengan penuh konsentrasi.
SK Kujang Sain telah diwakili oleh En Risharry Mohd Ramli. Beliau merupakan Ketua Panitia Sains SKKS merangkap guru Sains Tahun 4.


Antara perkara yang menjadi pengisian kursus tersebut ialah taklimat DSKP, kemahiran proses sains (KPS), higher order thinking skill (HOTS) dan pengurusan pentaksiran.
 
 

Antara penceramah-penceramah yang mengendalikan kursus tersebut ialah En Andrew Modol dan En Justine Tukau.

 

Monday 9 September 2013

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2013

10, 11 & 12 September 2013 - Murid-murid Tahun 6 SKKS akan menduduki peperiksaan UPSR mulai 10 hingga 12 September 2013.


Pihak guru dan pengurusan sekolah ingin mengucapkan selamat berjaya kepada kesemua 12 orang calon UPSR SK Kujang Sain pada tahun ini. Semoga segala penat-lelah dan jerit-perih mereka akan dibayar dengan keputusan UPSR yang cemerlang.


  







MAJLIS SEMBAHYANG HAJAT & DOA SELAMAT SEMPENA UPSR 2013

9 September 2013 (Isnin) - Majlis Sembahyang Hajat dan Doa Selamat sempena UPSR 2013 telah selamat diadakan pada hari ini.
Memotong pangkang

Membungkus nasi
Memasak umbut tepus
Tepat jam 7.30 pagi, ibu bapa dan ajk-ajk PIBG telah berada di perkarangan prasekolah bagi melaksanakan kerja-kerja penyiapan makanan secara bergotong royong. Pembantu Tadbir SKKS, En Fradi Lingas telah mengetuai kerja-kerja memasak lauk-pauk dengan dibantu oleh Cik Emily Uncho, Cik Rhona Gudem dan Pn Rendong Uning. 
En Risharry Mohd Ramli
Majlis bermula pada jam 12.00 tengahari dengan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis iaitu En Risharry Mohd Ramli. Beliau merupakan guru kelas tahun 6 sejak 2009 lagi. Dalam ucapan beliau, beliau telah menerangkan tentang objektif majlis tersebut diadakan.
Dalam ucapan guru besar pula, En Awang Jolkipali Awang Seriee telah menyampaikan beberapa pesanan berguna kepada calon-calon UPSR kita. Antaranya beliau meminta supaya mereka bersarapan terlebih dahulu sebelum datang ke sekolah. Beliau menambah lagi yang murid-murid tersebut harus mempunyai persiapan mental dan emosi yang cukup sebelum melangkah masuk ke bilik peperiksaan.
 
Majlis diteruskan pula dengan bacaan doa yang diketuai oleh En Dominic Andon, dan bacaan doa tambahan oleh saudara pengerusi majlis.
Majlis ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari dengan semua guru, ibu bapa dan calon UPSR bersama-sama menjamu selera di ruang makan prasekolah.