SEJARAH

Pada akhir tahun 1966, bangunan Sekolah Kebangsaan Kujang Sain telah didirikan oleh penduduk kampung secara bergotong-royong.

Pemandangan sekolah dari bawah bukit.
Pada Januari 1967, sesi persekolahan dimulakan dengan nombor pendaftaran AS 1301. Kemudiannya ditukar kepada kod sekolah baru iaitu YBB 8246.
Sejak awal penubuhan sekolah ini, pengambilan pelajar adalah selang tahun sehingga tahun 2004 apabila dasar pengambilan pelajar diubah kepada setiap tahun.

Pemandangan sekolah dari gereja kampung.

Sekolah ini hanya boleh dihubungi dengan menggunakan jalan hutan dan melalui sungai sejak awal penubuhannya sehingga pertengahan tahun 2002 apabila jalan projek mula dibina.

Jalan masuk ke Kampung Kujang Sain sejauh 6.2 km.

No comments:

Post a Comment