19 Februari 2014 (Rabu) - SK Kujang Sain hari ini berbesar hati menerima kunjungan 3 pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Serian. Pegawai-pegawai tersebut ialah En Milon Sayeng (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah), En Pelias Pog (School Improvement Specialist Coach) dan Cik Lilian Rayom (Penolong Penyelia Unit Pengurusan Akademik). Lawatan tersebut bertujuan untuk memantau persekitaran sekolah terutama sekali dari segi pelaksanaan P&P dan pengurusan sekolah.
Ketiga-tiga pegawai tersebut tiba di SKKS pada pukul 9.15 pagi. Mereka disambut oleh En Barnabas Tanggai, Penolong Kanan I. Mereka kemudiannya berpecah ke sekitar sekolah bagi melaksanakan pemantauan.
En Pelias Pog telah ke kelas Tahun 3 bagi mencerap En Risharry Mohd Ramli mengajar Bahasa Inggeris. En Milon Sayeng pula menuju ke kelas Tahun 1 bagi mencerap En Jovinus Ahjam mengajar Bahasa Inggeris.
Selesai mencerap, ketiga-tiga mereka telah mengadakan pertemuan dengan En Barnabas Tanggai dan En Risharry Mohd Ramli di ruang rehat pejabat untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan perjalanan sekolah dan cadangan-cadangan penambahbaikan.
Cik Lilian pula berkesempatan untuk memaklumkan kepada pihak PPD dan sekolah tentang perlantikan En Risharry Mohd Ramli (Guru Sains Tahun 6 SKKS) sebagai Jurulatih Utama Sains bagi Daerah Serian. Beliau menambah lagi bahawa surat berkaitan pelantikan tersebut akan menyusul kemudian.
Ketiga-tiga pegawai PPD tersebut beredar meninggalkan SKKS pada jam 10.30 pagi. Secara keseluruhannya, lawatan tersebut telah membolehkan pihak PPD memahami situasi yang berlaku di SKKS dan cabaran-cabaran yang dihadapi warganya dalam melaksanakan amanah sebagai pendididk. Pihak PPD juga telah berkongsi beberapa idea dengan pihak SKKS seperti memperbanyakkan lagi aktiviti pengayaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, serta menjadikan badminton sebagai teras aktiviti ko-kurikulum di SKKS.
No comments:
Post a Comment