Sunday 27 July 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435 HIJRIAH



27 Julai 2014 (Ahad) - Blogger mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435 Hijriah kepada semua warga SKKS yang beragama Islam. Kepada rakan-rakan guru yang lain dan juga kepada semua murid-murid SKKS, blogger mengucapkan Selamat Bercuti. Sekolah akan dibuka semula pada 31 Julai 2014 (Khamis).

Wednesday 16 July 2014

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR PPD SERIAN 2014

 
15 & 16 Julai 2014 (Selasa & Rabu) - Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Serian telah menganjurkan Program Kecemerlangan UPSR bagi calon-calon UPSR terpilih dari sekolah-sekolah rendah seluruh daerah Serian. Program ini dianjurkan bagi memberi nilai tambah dan sebagai pecutan terakhir bagi mempersiapkan calon-calon harapan cemerlang UPSR 2014 bagi daerah Serian. 

 
Seramai 170 orang calon-calon UPSR dari 79 buah sekolah rendah seluruh daerah Serian telah menyertai program 2 hari ini. Pelajar-pelajar tersebut dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama seramai 84 orang berpusat di SJKC Chung Hua Serian dan kumpulan kedua seramai 86 orang berpusat di SJKC Chung Hua Batu 35. SK Kujang Sain telah diletakkan di dalam kumpulan pertama dan diwakili oleh adik Okyverson Nelson.

 
Pada hari pertama, peserta-peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik menjawab kertas UPSR Sains dan Matematik. Hari kedua pula peserta-peserta telah diberikan input berkaitan teknik-teknik menjawab kertas UPSR Bahasa Melayu Pemahaman & Penulisan, serta kertas UPSR Bahasa Inggeris. 

 
Program ini juga telah diserikan lagi dengan penglibatan Ketua Panitia Sains SKKS iaitu En Risharry Mohd Ramli yang juga merupakan salah seorang Jurulatih Utama Sains bagi daerah Serian. Beliau telah bertindak sebagai salah seorang fasilitator bagi slot kumpulan kecil. 

 
Adalah diharapkan agar adik Okyverson Nelson dapat memanfaatkan segala input yang beliau terima sepanjang dua hari berkursus di SJKC Chung Hua Serian. Semoga segala ilmu yang beliau terima semasa berkursus dapat menyumbang ke arah mencapai keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR yang bakal menjelang.

Gambar-gambar semasa perjalanan program




KUNJUNGAN LORI MILO KE SK KUJANG SAIN (BUAT KALI KE-2)

 
8 Julai 2014 (Selasa) - Buat kali ke-2 dalam tempoh 2 tahun, Syarikat Nestle (M) Berhad telah sudi berkunjung ke SK Kujang Sain untuk mengagihkan minuman malt coklat berjenama MILO kepada murid-murid dan warga SKKS. 

Murid-murid berasa gembira dapat menikmati minuman milo sejuk dalam keadaan cuaca yang panas dan kering ini. Walau bagaimanapun, dua orang warga SKKS iaitu En Abdul Halim dan En Risharry tidak dapat menikmati minuman tersebut kerana berpuasa.

Terima kasih NESTLE MALAYSIA!





 







SELAMAT BERPUASA & SALAM RAMADHAN 1435 HIJRIAH

 
29 Jun 2014 (Ahad) - Blogger mengucapkan Selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan 1435 Hijriah kepada semua warga SKKS yang beragama Islam. Semoga puasa kita pada tahun ini diterima Allah SWT.