Wednesday 16 July 2014

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR PPD SERIAN 2014

 
15 & 16 Julai 2014 (Selasa & Rabu) - Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Serian telah menganjurkan Program Kecemerlangan UPSR bagi calon-calon UPSR terpilih dari sekolah-sekolah rendah seluruh daerah Serian. Program ini dianjurkan bagi memberi nilai tambah dan sebagai pecutan terakhir bagi mempersiapkan calon-calon harapan cemerlang UPSR 2014 bagi daerah Serian. 

 
Seramai 170 orang calon-calon UPSR dari 79 buah sekolah rendah seluruh daerah Serian telah menyertai program 2 hari ini. Pelajar-pelajar tersebut dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama seramai 84 orang berpusat di SJKC Chung Hua Serian dan kumpulan kedua seramai 86 orang berpusat di SJKC Chung Hua Batu 35. SK Kujang Sain telah diletakkan di dalam kumpulan pertama dan diwakili oleh adik Okyverson Nelson.

 
Pada hari pertama, peserta-peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik menjawab kertas UPSR Sains dan Matematik. Hari kedua pula peserta-peserta telah diberikan input berkaitan teknik-teknik menjawab kertas UPSR Bahasa Melayu Pemahaman & Penulisan, serta kertas UPSR Bahasa Inggeris. 

 
Program ini juga telah diserikan lagi dengan penglibatan Ketua Panitia Sains SKKS iaitu En Risharry Mohd Ramli yang juga merupakan salah seorang Jurulatih Utama Sains bagi daerah Serian. Beliau telah bertindak sebagai salah seorang fasilitator bagi slot kumpulan kecil. 

 
Adalah diharapkan agar adik Okyverson Nelson dapat memanfaatkan segala input yang beliau terima sepanjang dua hari berkursus di SJKC Chung Hua Serian. Semoga segala ilmu yang beliau terima semasa berkursus dapat menyumbang ke arah mencapai keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR yang bakal menjelang.

Gambar-gambar semasa perjalanan program




No comments:

Post a Comment