Thursday 14 August 2014

KEM SUKAN SEKOLAH 1M1S & PELANCARAN KEMPEN JALUR GEMILANG

14 Ogos 2014 (Khamis) - Kem 1M1S peringkat SKKS telah diadakan pada hari ini. Kem tersebut diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah dan peraturan berkaitan sukan badminton.


Murid-murid mula berkumpul di kelas Tahun 5 mulai jam 7.30 pagi. Tepat pukul 8.15 pagi, acara perasmian Kem 1M1S dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En Risharry Mohd Ramli selaku pengerusi majlis. 


Ini diikuti pula dengan ucapan perasmian oleh En Awang Jolkipali Awang Seriee, Guru Besar SKKS. 


Selesai ucapan guru besar, pengerusi majlis mempersilakan En Kohong Baluh, jurulatih badminton SKKS untuk menyampaikan kuliah badminton beliau.


Selesai mendengar kuliah dari En Kohong, murid-murid mula bergerak turun ke gelanggang badminton bagi menjalankan aktiviti praktikal. Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti menimang bulu tangkis paling lama. Program berhenti rehat pada pukul 10.00 pagi.
 


Selepas rehat, murid-murid bergerak ke sekitar sekolah bagi mengutip sampah. Selepas itu, murid-murid dan para guru SKKS bersama-sama memasang dan menggantung Jalur Gemilang di sekitar kawasan sekolah. Sekolah bersurai pada jam 12.00 tengahari.

 
Secara keseluruhannya, Kem 1M1S ini berjaya menimbulkan minat murid terhadap sukan badminton. Aktiviti memasang Jalur Gemilang pula berjaya menyemai semangat patriotisme di dalamjiwa murid-murid.

Gambar-gambar semasa perjalanan program














No comments:

Post a Comment