Monday 29 July 2013

SUMBANGAN MINUMAN MILO OLEH NESTLE (MALAYSIA) BERHAD

29 Julai 2013 (Isnin) - SK Kujang Sain telah dikejutkan dengan kedatangan sebuah lori hijau sekitar jam 11.00 pagi. Rupanya lori tersebut ialah lori kepunyaan Nestle (Malaysia) Berhad yang telah sudi datang ke sekolah kita untuk mengagihkan minuman coklat berjenama MILO, secara PERCUMA!

Murid-murid dengan iringan guru kelas masing-masing telah turun ke bawah bagi menikmati minuman tersebut. 


Selain minuman percuma, murid-murid juga telah diagihkan dengan pembaris pendek percuma yang beridentitikan MILO. Adik Swelan Ambros Nelson telah dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan pembaris-pembaris tersebut.


Guru-guru juga tidak terkecuali dari menikmati minuman tersebut. Walau bagaimanapun, En Abdul Halim dan En Risharry tidak turut minum bersama kerana berpuasa. Sungguhpun begitu, kedua-dua guru tersebut masih bersama-sama memberikan sokongan moral kepada aktiviti tersebut

  

Setelah pengagihan minuman MILO selesai, lori tersebut pun beredar meninggalkan perkarangan SK Kujang Sain. Adakah mereka akan datang lagi pada masa-masa yang akan datang? Sama-samalah kita lihat...

3 comments:

  1. cmne nak order ye ? boleh dtg kuala selangor tak ?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually kita orang tak panggil pun lori milo tu datang, kebetulan dia tengan round sekitar Tebedu so di singgah ke beberapa sekolah berhampiran...

      Delete