Wednesday 5 November 2014

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK: PROJEK INOVASI GURU TERBAIK 2014

 
5 November 2014 (Rabu) - Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah menganjurkan program perkongsian amalan terbaik (PAT) bersama guru-guru dari daerah Samarahan dan Serian berkaitan projek inovasi guru terbaik 2014. Program tersebut telah diadakan di Dewan Suarah Samarahan. 

 
Guru-guru telah mula berkumpul seawal pukul 2.00 petang di dalam Dewan Suarah Samarahan. Tepat pada pukul 2.05 petang, En Edwin Apok, Penyelia di Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah memulakan majlis dengan memberikan sedikit latar belakang tentang pertandingan Anugerah Guru Inovatif yang diadakan setiap tahun di peringkat negeri dan kebangsaan. Beliau juga telah memperkenalkan tiga orang guru yang akan membentangkan projek inovasi mereka pada hari ini iaitu:

1) Chai Seng Hiong dan Dew Kee Bee
    Sekolah: SJK Chung Hua Batu 15, Padawan
    Projek Inovasi: SH Device

2) Lydia Wong Han Yii
    Sekolah: SMK Kampung Nangka, Sibu
    Projek Inovasi: Scroller

3) Wong Siew Aii
    Sekolah: SJK Chung Hua Kim Choo Seng, Padawan
    Projek Inovasi: Kit Masteri

Selesai sesi pengenalan oleh En Edwin Apok, ketiga-tiga pembentang secara bergilir-gilir membentangkan hasil projek inovasi mereka di hadapan rakan-rakan guru yang hadir pada sesi pembentangan tersebut.

Selesai pembentangan, guru-guru berpeluang bertanyakan soalan kepada ketiga-tiga pembentang tersebut.

Sebelum bersurai,  guru-guru telah diagihkan dengan sedikit buah tangan berupa makanan ringan untuk dibawa pulang. Sesi PAT tersebut tamat pada jam 4.00 petang.

Gambar-gambar sekitar PAT Projek Inovasi Guru Terbaik






No comments:

Post a Comment